Tuesday, 10 July 2012
Kecerdasan Emosi Minggu 1
Hari ini merupakan minggu pertama interaksi bersma pensyarah mata pelajaran Kecerdasan Emosi. Dalam kuliah yang pertana ini kami telah didedahkan mengenai definisi kecerdasan emosi. Pada mulanya saya akan menerangkan mengenai maksud istilah emositional intelligence (EQ). Istilah EQ mula-mula sekali digunakan pada tahun 1990 oleh ahli psikologi iaitu Peter Salovey dan John Mayer. Ia digunakan bagi menjelaskan kualiti-kualiti diri khusus yang terdapat pada emosi yang penting supaya seseorang dapat mencapai kejayaan. Bagi saya kecerdasan emosi mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan. Hakikatnya kecerdasan emosi menjadi pendukung kepada kecerdasan intelek terhadap produk yang hendak dihasilkan. Saya juga telah memngetahui cara untuk mengawal emosi dengan baik ketika saya telah menjadi seorang guru nanti. Melepaskan tekanan dan kemarahan terhadap murid juga perlu dielakkan. Saya berharap saya dapat mendalami ilmu Kecerdasan Emosi ini dengan lebih mendalam agar saya dapat menyampaikn ilmu ini semula kepada murid2 saya nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment